Rabu, 15 Jun 2011

VISI ALAM SEKITAR
SKS SENTIASA MENJAMIN KELESTARIAN PERSEKITARAN
  • Memupuk nilai murni alam sekitar dalam kalangan warga sekolah.
  • Meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
  • Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam denganberkesan.
  • Meningkatkan kerjasama antara sekolah dengan masyarakat dalam menjayakan pendidikan alam sekitar
  • Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan wargasekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari.


PENGENALAN

Sekolah Kebangsaan Sering baru sahaja menubuhkan Kelab RAS pada 15 Jun 2011. Walaupun masih baru beroperasi pihak sekolah sentiasa berusaha mewujudkan suasana persekitaran yang kondusif, selamat dan harmoni. Hal ini memang menjadi teras dalam pembentukan Visi, Misi, Piagam Pelanggan dan matlamat  Sekolah Lestari.
Konsep Sekolah Dalam Taman merupakan usaha pihak sekolah membentuk proses pembelajaran secara semulajadi. Jika ingin melahirkan pelajar yang cinta akan alam semulajadi, pada peringkat alam persekolahanlah proses pembelajaran dan pembentukan minda berlaku, bak kata pepatah , melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Perkembangan pembangunan dan kemajuan negara yang tidak dirancang telahmenjejaskan kehidupan flora dan fauna. Hal ini mengakibatkan banyak spesies flora dan fauna telah diancam kepupusan. Oleh itu usaha meningkatkan tahap kesedaran tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan dalam kalangan masyarakat memerlukan kerjasama banyak pihak.
Sekolah Kebangsaan Sering telah mengambil inisiatif untuk bersama-sama dalam pelaksanaan Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar .Pihak sekolah telah merancang dan melaksanakan program/ aktiviti yang berkaitan dengan pendidikan alam sekitar. Pihak sekolah juga mensasarkan Visi untuk menjadi Sekolah Lestari pada tahun 2012. Bagi menjayakan visi dan misi ini warga Sk.Sering mengucapkan jutaan terimakasih kepada Jabatan Alam Sekitar Kelantan kerana memilih dan menyalurkan peruntukan rm 5000.